MINIT MESYUARAT PENUBUHAN
PERSATUAN PENDUDUK DELIMA HEIGHT
PANGSAPURI 5 BLOK 5 TINGKAT,
BUKIT GEDUNG, 11950 BAYAN BARU, PULAU PINANG
Tarikh : 03HB Ogos, 2008
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dihadapan Blok 5,
Pangsapuri 5 Blok 5 Tingkat
Kehadiran : 47 Orang Penduduk Menghadiri Mesyuarat Penubuhan
Persatuan Penduduk.
1. En. Muhd. Ithnin Safaruddin Shah 9 – 4 – 1
2. En. Abdul Wahid Bin. Wahab 5 – 5 – 1
3. En. Ahmad Fazli Bin Mahamat 5 – 1 – 4
4. En. Hj. Hajar Maidin 5 – 4 – 4
5. En. Mohamed Mazlan Bin Morli 3 – 5 – 4
6. En. Azahar Bin Sahid 5 – 3 – 3
7. En. Syed Mohammad Azman Bin Syed Hassan 5 – 4 – 2
8. En. Padmanathan 5 – 1 – 1
9. En. Jaya Chandran Menon 3 – 1 – 2
10. En. Muhammad Noor 9 – 1 – 1
11. Pn. Delima Binti Abdul Shukor 5 – 3 – 4
12. En. Mohamad Asmarizan 3 – 5 – 2
13. En. Nazri Bin. Othman 5 – 2 – 4
14. En. Roslan Bin Sakia 7 – 2 – 3
15. En. Razali Bin Nekmat 7 – 3 – 3
16. En. Shahabuddin Bin Mohamed 9 – 5 – 2
17. Pn. Hajjah Che Som 5 – 4 – 4
18. Pn. Shahrum Binti. Shariff 5 – 1 – 2
19. En. Goh Tiam Sen 7 – 3 – 4
20. Pn. Rohana Binti Ahmad 1 – 1 – 4
21. Pn. Che Norliah Binti Yahaya 7 – 3 – 3
22. Pn. Sadhana Binti Nasurdin 7 – 1 – 1
23. En. Shaherman Bin Hassan 7 – 4 – 1
24. En. Mohd Yazid Bin Mohamed Omar 7 – 5 – 1
25. En. Venkata Subbarow a/l Narayanan 1 – 1 – 1
26. En. Zahari Bin Zain 5 – 1 – 2
27. En. Rosli Bin Abu Bakar 3 – 1 – 4
28. En. Mohamad Azizi Bin Abdullah 5 – 1 – 3
29. En. Fauzi Bin Hj. Md. Amin 7 – 1 – 1
30. En. Mahyuddin Bin Mustaffa 5 – 4 – 1
31. En. Abdul Latiff 5 – 4 – 1
32. En. Tengku Azman 5 – 4 – 1
33. En. Shah Saleh 5 – 4 – 1
34. En. Mohd Fariz Bin Tokshim 3 – 1 – 3
35. En. Mohd Fazrul Bin Tokshim 3 – 1 – 3
36. En. Mohd. Nazim Kamil Bin Isa 1 – 1 – 3
37. Pn. Rohaya Binti Desa 3 – 5 – 4
38. Pn. Rozina Binti Mohd Junus 3 – 4 – 3
39. En. Akhbar Merican 3 – 4 – 3
40. Pn. Anita Binti Saad 5 – 1 – 3
41. Pn. Suraini 9 – 2 – 4
42. En. Lau Weng Kwan 5 – 5 – 3
43. En. Nik Ahmad Kamal 9 – 2 – 4
44. En. Amanullah Bin Ibrahim 1 – 3 – 4
45. En. Azrul Hisham Bin Hj. Ahmad Mokhtar 5 – 3 – 1
46. En. Nurul Aidil 9 – 5 – 2
47. En. Kok Tong Keat 5 – 4 – 4
1. Ucapan Aluan Pengerusi Penaja
Pengerusi Penaja Saudara Mohamad Azizi memulakan majlis tepat jam 8.30pagi dengan menjemput saudara Fauzi Amin untuk menbaca doa.
Saudara Azizi seterusnya mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua penduduk yang hadiri ke Mesyuarat Penubuhan Persatuan Penduduk pada hari ini walaupun ianya bermula pukul 8.30 pagi.
Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada YB. En. Abdul Malik Bin Kassim ADUN Kawasan Batu Maung kerana sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Penubuhan Persatuan penduduk, Wakil dari PDC En. Ir. Idris , wakil dari PDC Setiaurus En. Sabarul, Mutalib, En. Shaik dan wakil dari Excel Strenght Venture Sdn Bhd En. Abdul Rahman (Kontraktor kebersihan kawasan).
Majlis menjemput YB. Abdul Malik untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Penubuhan Persatuan Penduduk. Dalam ucapan perasmiannya beliau sangat berbangga dengan usaha AJK Bertindak kerana telah berusaha bagi menjayakan majlis dipagi ini dan berharap ini dapat memberi manafaat kepada semua.
Selepas perasmian oleh YB Malik, majlis berhenti selama setangah jam bagi menjemput semua yang hadir untuk menjamu sarapan pagi yang disediakan.
Tepat jam 9.00pagi Pengerusi menjemput En. Sabarul sebagai wakil dari PDC dan PDC Setiaurus untuk memberi penjelasan kepada semua penduduk betapa pentingnya Persatuan ini ditubuhkan bagi kepentingan semua penduduk. Dan beliau juga menyentuh tentang peranan PDC Setiaurus sebagai badan yang dilantik oleh Pengurusan PDC untuk menguruskan bangunan di kawasan ini.
Beliau juga menerangkan kepada penduduk betapa penting yuran perkhidmatan yang mesti dibayar oleh setiap penduduk.
Sebelum Mesyuarat Penubuhan Persatuan dimulakan En. Abdul Rahmah dari Excel Strenght telah meminta pandangan dari penduduk tentang tahap kebersihan sejak beliau mengambilalih kerja-kerja kebersihan pada disember 2007.
Rata-rata yang hadir pada hari ini sangat berpuas hati dengan tahap kebersihan di kawasan kami dan berharap dapat ditingkatkan dari masa ke semasa.
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang hadir dan seterunya memulakan Mesyuarat Penubuhan Persatuan dengan meminta persetujuan dari semua penduduk yang hadir.
2. Persetujuan Menubuhkan Pertubuhan
Perjumpaan pada hari ini telah mendapat persetujuan dari penduduk yang hadir seramai 47 orang untuk sama-sama berbincang dan bersepakat untuk untuk menubuhkan persatuan penduduk dan nama yang telah dipilih ialah Persatuan Penduduk DELIMA HEIGHT, Pangsapuri 5 Blok 5 Tingkat, Bukit Gedung, Bayan Baru, Pulau Pinang.
3. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Penduduk
Semua yang hadir telah bersetuju yang satu pemilihan Ahli Jawatankuasa tetap perlu diadakan bagi menubuhkan Persatuan Penduduk.
Perlantikan Jawatankuasa Tetap bagi penggal 2008 sehinggan 2010 telah dibuat dan dipilih dalam mesyuarat penubuhan melalui undian adalah seperti berikut:
Pengerusi : En. Mohamad Azizi Bin Abdullah
Naib Pengerusi : En. Jaya Chandra Menon
Setiausaha : En. Mohamed Mazlan Bin Morli
Penolong Setiausaha : En. Azahar Bin Sahid
Bendahari : En. Zahari Bin Zain
Penolong Bendahari : En. Abdul Wahid Bin Wahab
Ahli Jawatankuasa : En. Azrul Hisham Bin Hj. Ahmad Mokhtar
En. Nazri Bin Othman
En. Rosli Bin Abu Bakar
En. Razali Bin Nekmat
En. Shahabudin Bin Mohamed
En. Mohd. Nazim Kamil Bin Isa
En. Shaherman Bin Hassan
En. Kok Tong Keat
Pn. Delima Binti Shukor
Pn. Norlia Binti Yahaya
En. Syed Mohammad Azman Bin Syed Hassan
4. Perbincangan Draf Undang-undang
Mesyuarat telah bersetuju untuk menerima pakai undang-undang yang dibentangkan sebagai undang-undang tubuh Persatuan Penduduk Delima Height, Pangsapuri 5 Blok 5 Tingkat, Bukit Gedung mengikut kehendak Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-peraturan, 1984.
En. Mazlan iaitu Setiausaha yang baru dilantik telah menerangkan kepada semua betapa perlunya undang-undang ini bagi pendaftaran penubuhan Persatuan Penduduk.
Setelah mendapat persetujuan dan tiada bantahan dari semua yang hadir maka undang-undang yang dibentang tadi telah diterima dengan sebulat suara sebagai undang-undang tubuhan Persatuan ini.
5. Alamat Berdaftar
Memandangkan yang Persatuan yang akan ditubuhkan ini tidak mempunyai dewan atau tempat yang tetap maka Mesyuarat bersetuju alamat urusan dan surat menyurat Setiausaha di Blok 3 – 5 – 4, Persiaran Mayang Pasir 8, Bukit Gedung, 11950 Bayan Baru, Pulau Pinang dijadikan alamat urusan dan pos pertubuhan ini.
Mesyuarat ditangguhkan jam 11.45 tengah hari.
……………………………………………. …………………………………..
(MOHAMAD AZIZI BIN ABDULLAH) (MOHAMED MAZLAN MORLI)
Pengerusi Setiausaha